Secure5 (M) Sdn Bhd adalah syarikat 100% milik Bumiputera. Diterajui oleh pengurusan yang berpengalaman lebih 13 tahun dalam bidang Jualan & Pemasaran di dalam pelbagai industri seperti perbankan & kewangan, hartanah, barangan pengguna dan ICT.
Kami di Secure5 (M) Sdn Bhd dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kini kami menyediakan perkhidmatan langganan SMS Kandungan Islamiah melalui Program JemaahSMS.com kami (langganan SMS dijual dengan menggunakan JemaahSMS.com Broadcast System). Ahli-ahli boleh mendapatkan SMS Kandungan Islamiah terus ke telefon bimbit mereka dengan harga langganan RM0.50/SMS.
Seterusnya, anda secara tidak langsung membantu menjana tabung kebajikan untuk 10 Badan Kebajikan Islam yang terpilih, seperti Rumah Anak Yatim & Miskin At-Taqwa, Yayasan Pembangunan Nurhikmah, Rumah Kasih Harmoni, HALUAN Malaysia dan Yayasan Al-Ijabah atau mana-mana JemaahSMS yang terpilih melalui Program JemaahSMS.com & juga melalui Program JemaahSMS Secure5. Terima kasih di atas sokongan anda.
Berikut adalah di antara SMS yang kami hebahkan kepada pelanggan2 kami:
Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu d dlm kerugian.Kecuali mereka yg beriman,beramal soleh & berpesan2 dgn kebenaran serta berpesan2 dgn kesabaran (Al`Asr)
Rasulullah SAW bersabda:`Barangsiapa yg Allah mahukan kebaikan utknya,nescaya Dia akan mengujinya dgn kesusahan`(Riwayat Al-Bukhari)
Saidina Ali Abi Talib r.a pernah berkata:`Jadilah spt pohon yg lebat buahnya yg tumbuh d tepi jln.Dilempar buahnya dgn batu,namun tetap dibalas dgn buah.
..dan banyak lagi.
Ini adalah merupakan 1 bentuk perniagaan baru di alaf baru ini. Secara tradisionalnya, tulisan2 & ilmuan Islamiah dijual melalui buku2, media cetak di kedai2. Sekarang kami menggunakan teknologi telekomunikasi melalui SMS utk berdakwah, menyampaikan walau 1 ayat, walau 1 SMS terus kpd pelanggan2. Sesuai dgn firman Allah S.W.T, `Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran (Al `Asr 103: 1-3)`. Juga, bersesuaian dgn hadis Rasulullah S.A.W. iaitu dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: `Sampaikan dariku walau satu ayat!`(Hadith Riwayat Al-Bukhari)
--------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana Program JemaahSMS.com membantu menjana tabung kebajikan untuk JemaahSMS yang terpilih tersebut? Selain dari amalan berpesan2, ingat-mengingati akan perkara kebaikan melalui jualan SMS Islamiah, penjanaan dana adalah dengan cara berikut:
Jika JemaahSMS itu mempunyai seramai 1,000 orang ahli jemaahSMSnya, maka dana yang boleh dikumpul untuk JemaahSMS berkenaan adalah sehingga RM18,000 sebulan* dari jualan SMS Islamiah dan/atau info.
Bagaimana penjanaan sehingga RM18,000/bulan ini dapat dilakukan? Sumbangan kami adalah 12sen dari setiap pendaftaran ahli jemaahSMS + 12sen lagi dari setiap SMS yang dihebahkan kepada ahli jemaahSMS yang berkenaan.
Contoh:
Dalam masa 1 bulan, hebahan 5 SMS kpd 1,000 ahli jemaahSMS = 5 x 1,000 x RM0.12 = RM600/bulan, atau
Dalam masa 1 minggu, hebahan 5 SMS kpd 1,000 ahli jemaahSMS = 5 x 1,000 x RM0.12 = RM600/minggu x 4 = RM2,400/bulan, atau
Dalam masa 1 hari, hebahan 5 SMS kpd 1,000 ahli jemaahSMS = 5 x 1,000 x RM0.12 = RM600/hari x 30 = RM18,000/bulan
[Tambahan pendapatan dari 1,000 pelanggan = 1,000 x RM0.12 = RM120 (one time income)]
Jumlah dana boleh ditentukan dengan jumlah SMS yg dihebahkan (dijual) dan jumlah ahli jemaahSMS yang berdaftar. Lagi ramai ahli jemaahSMS dan lagi kerap hebahan SMS dibuat, lagi banyaklah dana yang dapat dikumpul. Pelanggan yg menerima SMS akan dicaj cuma RM0.50/SMS.
Jadi, 5 Langkah yang anda perlu lakukan ialah:
1. Dapatkan Kod ID anda dengan melanggani mana-mana JemaahSMS di sini
2. Daftarkan Kod ID anda itu dengan Program JemaahSMS Secure5 ini
3. Sahkan Kod ID anda itu di sini
4. Dapatkan sekurang-kurangnya 5 ahli yang baharu untuk menyertai JemaahSMS anda dengan kaedah ini
5. Rujuk Senarai ini & hantar senarai 5 ahli yang baharu tersebut di sini
Setelah anda mengikuti semua 5 Langkah di atas, kami akan membuka akaun anda dengan JemaahSMS.com untuk anda kendalikan JemaahSMS anda sendiri dan seterusnya anda berpeluang menjana sehingga RM18,000/bulan untuk diri anda sendiri dan juga berterusan membantu JemaahSMS yang anda sertai terdahulu sebelum ini, insya'Allah.
Jika anda tidak mahir mencari isi kandungan Islamiah utk JemaahSMS anda itu nanti, kami akan tunjuk ajar kepada anda apabila akaun anda dengan JemaahSMS.com sudah dibuka nanti. Jika anda masih tidak mampu, biarkan kami sahaja yang menghantarkannya bagi pihak anda. Anda akan tetap mendapat insentif seperti di atas dari kami.
Justeru itu, ilmu yg disampaikan semoga sama2 beroleh kebaikan darinya dan jika diamalkan maka ianya menjadi bekalan kita di akhirat, insya'Allah.
Selain itu, Program JemaahSMS Secure5 turut juga menyediakan :
~ jualan produk/perkhidmatan rakanniaga Secure5 (M) Sdn Bhd.[telah diberhentikan]
~ perkhidmatan pengurusan permohonan pinjaman perniagaan & khidmat nasihat kewangan kepada Peniaga & bakal Peniaga.[telah diberhentikan]
~ peralatan pengumpulan data pelanggan untuk kegunaan perniagaan sedia ada & masa hadapan ahli.
~ eBook Perancangan Kewangan Peribadi.
~ eWorkshop - peralatan internet untuk Perancangan Kewangan Peribadi.
2019!
7 years ago





0 comments